12/2/08

cerita pasal cita-cita

masa aku darjah satu (bukan tajuk album XPDC), tahun 1985, cikgu aku tanya pasal cita-cita.

aku sekolah kat kampung. pegi sekolah jalan kaki, balik sekolah jalan kaki. jalan denai, kampung aku kat pedalaman. kiri kanan jalan, semak samun, belukar hutan dan sarang babi hutan.

aku tinggal dengan atuk dan nenek. walaupun kat pedalaman tapi atuk aku seorang muslim yang liberal tengah dan kiri tengah. kat rumah atuk banyak buku. aku jadi genius bukan dari sekolah, tapi dari buku-buku atuk.

balik pasal topik cita-cita. kawan-kawan dalam kelas sebut cita-cita bila besar nak jadi orang yang ada kelas. nak jadi lawyer, nak jadi doktor, nak jadi engineer. aku duk belakang diam-diam, semua yang dia orang cakap aku tak tau sepatah haram.

sampai turn aku, aku gamam. bila aku cakap aku nak jadi konduktor bas, semua orang gelak macam haram. dalam hati, aku sumpah dia orang ni memang gampang.

salah ke nak jadi koduktor bas. hina ke?

tapi pegi mampus pasal cita-cita. sebab aku takde cita-cita tinggi melangit. hari ini aku puas, sebab aku rasa keajaiban sumpah aku dah macam sumpah Mahsuri. semua kawan kelas aku tak ada jadi lawyer, takde jadi engineer. cuma jadi doktor pacak lengan sendiri, itupun dah mati. yang pompuan berjaya jadi bini, beranak dua kemudian menjanda.

dan kerana muzik metal-metalan, aku berjaya menjadi seorang bomoh sambilan, sebuah kerjaya yang lebih rileks dari menjadi konduktor bas kerana bas dah tak pakai konduktor, tapi pakai mesin.

(ni cerita kawan lepak aku yang lagi pelik dan aneh dari aku.)

12/1/08

grunge kental

sambil lepak-lepak hisap rokok petang-petang camni, aku teringat cerita grunge kental ni.
cerita ni berlaku sekitar tahun 2003 kalau aku tak silap (kalau nak ikutkan time tu grunge dah tak musim dah.. heh.. musim?) di sebuah gig underground (istilah untuk gig campuran metal, HC, punk, skin.. bla.. bla..).

gig ni pulak diadakan di sebuah negeri yang dulunya budak-budak 'hardcore'nya antara yang terlawak pernah wujud kat 'scene' Malaysia ni. disebabkan ada beberapa bijik band metal puaka yang suka buat lirik memohon geran tanah jembalang tanah dan menggunting rambut pontianak, aku yang dah sah memang anak metal-metalan selepas 2 hari aku lahir ke dunia ni pun turun la nak pegi tengok.

seingat aku, kitorang berempat. gig start pukul dua lebih kurang. disebabkan ada band rock yang main aku tak minat nak tengok, dok lepak kat belakang, bersandar kat tepi tiang ngan sorang kawan aku yang metal-metalan juga (sekarang kawan aku ni dengar-dengar dah jadi drummer band black metal).

crowd dalam gig ni boleh tahan ramainya. separuh dah mabuk. aku tak mabuk. kawan aku pun tak. gila apa nak minum arak tengah hari buta.

sebab band yang perform tu memang tak masuk otak aku nak layan, aku rasa aku melilau dan fikiran aku entah ke mana-mana. tapi mata aku macam ditarik magnet bila terlihat sorang mamat yang duduk bersila betul-betul kat depan aku. geng diorang ada 4 orang. tapi aku terpaku kat mamat sorang ni je. tengok dressing memang sah semua mat-mat grunge.. ntah la camne nak describe mat grunge aku pun tak reti, tapi, rata-rata geng ni pakai baju Nirvana. dan bukti yang lagi kukuh bila mamat ni pakai baju gambar Kurt Cobain kaler hitam.

aku cuit member aku dan tunjuk ngan bibir terjuih kat mamat tu. mesti tak hensem bila aku buat macam tu. member aku terpinga-pinga. "apa?", dia tanya.. aku cakap, "cuba kau baca.." member aku diam sekejap.. pas tu dia gelak kuat-kuat.. "Hahahahahaha.." macam nak pecah perut aku ngan dia gelak. "KURT COBIAN" "eja pun salah, baju beli kat Siam" .. hahahaha... bengong kawan aku nih.. dia cakap kuat-kuat. gelak kuat-kuat. sampai mamat tu toleh, kami dah gelak tepuk-tepuk lantai.

aku rasa dia tahu kitorang gelakkan dia. dia nak sound kitorang pun tak berani sebab hari tu aku pakai baju Burzum. dah la spike paku 6 inci kat lengan aku ni dah boleh buat dia histeria. nak tak nak dia terpaksa la pelan-pelan ajak kawan dia blah.. aku ngan kawan aku terus gelak tak berenti sampai sakit perut.. anjing sungguh itu hari!